
Wayang Tanpa Nama
Akhirnya mereka membentuk satu korus di bahagian tengah pentas. Lampu sorot memancar serba kelam.
Masing-masing mengulang-ngulang kenyataan itu, Pada mulanya saling bergilir sehingga ke satu peringkat berlaku pertindanan dialog sehingga pertindanan itu mengenggelamkan bunyi asal dialog itu. Tiba-tiba terdengar jeritan dari belakang pentas.
Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !
Korus saling berpandangan sesama sendiri. Suasana sepi seketika. Mereka masih saling berpandangan. Tiba-tiba kedengaran jeritan bersambung-sambung, bersahut-sahutan. Dari pelbagai arah masuk orang-orang dalam keadaan cemas melulu, berlari-lari tanpa arah seperti lari daripada sesuatu trauma yang dialami. Bunyi muzik mencemaskan mengiringi aksi serba tidak keruan itu. Korus hanya berpandangan dan memberi reaksi tetapi tidak bergerak ke mana-mana. Sementara orang-orang itu masih berada dalam keadaan tidak menentu. Namun satu persatu daripada mereka jatuh ke lantai sehinggalah orang terakhir. .
Korus memandang suasana dengan sayu. Kedengaran bunyi irama sayu. Korus mula bergerak-gerak. Mereka mendendangkan sebuah lagu sayu.
No comments:
Post a Comment